Friday, September 10, 2010

SALAM AIDILFITRI

Aku ingin mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI" kepada seluruh umat Islam, khas buat kaum keluarga, sahabat handai serta kenalan yang mengenali diri aku ni. Jari disusun memohon ampun atas segala salah dan silap, terkasar bahasa dalam senda gurau, maaf jika aku pernah dan sering membuatkan anda semua tersinggung. Aku hanyalah insan biasa yang tidak sempurna madah dan tingkah, tapi mencuba yang terbaik untuk menjaga hati anda semua.

Aku akan berhari raya di Bukit Besi, Dungun, Terengganu pada hari raya pertama sehingga hari raya ketiga. Jemputlah datang ke teratak kecil aku di Bandar Tun Razak, bagi merapatkan silaturrahim sempena bulan Syawal nan mulia ini. Duit raya hanya akan disediakan pada insan yang berketinggian di paras satu meter sahaja. Harap maklum hehe ;)

No comments:

Post a Comment