Sunday, October 17, 2010

KASUT BRIDESMAID

 - Kasut kami -
 Nape kasut flat? Nape kaler hitam merah? Hehe .. Actually nak carik red high heels .. Tapi masalah nye .. Kami ni nak wat outdoor shooting .. perlu banyak bergerak .. posing .. etc .. So flat shoes lagi selesa .. Bout the color, memang banyak sangat-sangat design, kitorang gi shopping kasut sampai 3 hari .. Tapi last-last beli yang ini jugak, sebab ade petak-petak hitam and ribbon kat depan kasut. Yeay !!
 _ Eksyen sket ... hehehehe -
- Posing skema sket dengan kasut -

Thursday, October 14, 2010

MY RED BRIDESMAIDS

Kawen lagi???
Owh tidak .. outdoor shooting ni diadakan dengan sahabat2 yang tak dapat datang meraikan hari perkahwinan saya pada 08.08.2008 and 10.08.2008. Ada yang attend kenduri saudara-mara, almaklumlah, 08.08.08, ramai pengantin. And ada yang bekerja, ada jugak yang terpaksa pegi kursus. Nape 2010? Okay, actually shooting ni memang dah di plan lebih awal, tetapi memandangkan aku busy dengan final year kat UiTM Shah Alam, and pastu masuk hospital sebab ectopic pregnancy, so terpakselah postpone. And June 2010, baru fit and free for shooting.
 - Linda, Mira, Nadhyra, Sab, Sara -

Lokasi shooting sebenarnya adalah di tempat lain, tetapi last minute terpaksa ditukarkan ke Putrajaya. Almaklumlah, dulu my wedding outdoor shooting pun dah wat kat cni, ingatkan nak ubah angin, tapi atas beberapa faktor, we all re-shoot kat sini jugak, but with different photographer.
 - Palace of justice -
-
- Smile gurls ;) -
- ME and my red bridesmaid -

Hand bouquet by us .. Thanks gurls sebab tolong siapkan hand boquet nih time i tengah siap-siap .. hehe .. Even though daun ni yang di order lain, tapi florist tuh tersilap bagi, takpelah, asal ade, janji we got fresh roses kan dear ..
- In front of TPM -
- Before going back home .. soo tired -

Ape-ape pun, outdoor shooting selama 3 jam nih berjaya, sebab we had lots of fun. Pasni kene tunggu yang lagi empat anak dara ni kawen plak. Hehe.

Friday, September 17, 2010

MY YELLOW BRIDESMAIDS ;)

Date : 10.08.2008
Day : Sunday
Venue : IYC, Bdr Tun Razak, KL

Dok belek2 gambar lama, windu plak aku kat bridesmaids ku time kawen dulu. Thanks guys for being so sporting in yellow outfit. Sayang korg sgt2. Hopely dapat jumpe selalu, tp due to work n other commitments, skang nih susah nak gath ramai2. Tapi xpe, frens 4eva bebeh.


Sesi berpeluk2 sakan .. waaa sangat jealous sebab aku takde dalam gambar ni ..

Mereka berposing di depan kek, 3 tingkat jer, nak berbelas-belas tingkat, tak mampu lak aku nak membayor hehe ;p

Achik praktis bersanding dengan Rozzey si 'pengepit' ku hehe ;p

Last snap before dismiss
Kite sangat2 kuning kan time nih guys? Hehehe ..

Masa nak masuk dewan, berdebar-debar, bukan sebab nervous, tapi bunyik kompang kuat bebenor, haish

Bridesmaid yang comey-comey belaka hehe

Bridesmaid di red carpet
Here comes the bride, all dress in yelow, haha ;)

 
Mari kita berposing depan pelamin hehe

Nadya, Nadhyra, Neesa

Kipas, jangan tak kipas hehe

Saturday, September 11, 2010

BISKOT RAYA 2010

TART NENAS :
Tahun ni aku try wat tart gulung ni. Penat gak nak menekan dan menghasilkan tart yng terbaik. Tapi alhamdulillah, tercapai juga impian aku untuk wat sendiri walaupun dengan bantuan teknikal, fizikal, leteran Mummy Bunny's team iaitu bonda aku, dan dua boss perempuan bernama Miss A dan Miss J (anda tahu siape diri anda,hehe)


ALMOND LONDON :
"London bridge is falling down" hehehe .. a'ah terfalling dalam perut aku. Biskut nih aku x wat, aku tolong, yerr .. tolong tgk jer. Hehehe. Nih smue Miss A yg wat.

Friday, September 10, 2010

SALAM AIDILFITRI

Aku ingin mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI" kepada seluruh umat Islam, khas buat kaum keluarga, sahabat handai serta kenalan yang mengenali diri aku ni. Jari disusun memohon ampun atas segala salah dan silap, terkasar bahasa dalam senda gurau, maaf jika aku pernah dan sering membuatkan anda semua tersinggung. Aku hanyalah insan biasa yang tidak sempurna madah dan tingkah, tapi mencuba yang terbaik untuk menjaga hati anda semua.

Aku akan berhari raya di Bukit Besi, Dungun, Terengganu pada hari raya pertama sehingga hari raya ketiga. Jemputlah datang ke teratak kecil aku di Bandar Tun Razak, bagi merapatkan silaturrahim sempena bulan Syawal nan mulia ini. Duit raya hanya akan disediakan pada insan yang berketinggian di paras satu meter sahaja. Harap maklum hehe ;)

Wednesday, September 8, 2010

HARI TERAKHIR RAMADHAN

Tarikh : 09/09/10
Tempat Kejadian : Ofis (Jln Sultan ismail, KL)

Setelah berkurun lama aku berfikir, akhirnya di kesempatan Ramadhan yang terakhir pada tahun ini, barulah aku berkesempatan menulis blog. Kenapa? Mengapa? Sape suruh? Emm .. inilah hasilnya apabila aku buntu, tidak banyak kerja di ofis, sebab arini ofis half day. Masa berjalan (eh, masa tak boleh berlari ke? berjogging ke?) ... err sambung semula, masa berjalan @ berlalu begitu lambat. Pukul 12 nnt baru aku boleh balik. Dari pagi tadi aku dok berkebaya pink hitam. Mood hari raya lah katakan. Lepas zohor nnt aku akan bertolak ke Terengganu, kampung 'orang rumah' aku lah. Hehe.

MATA LEBAM (cket jer) :
Biaselah, kurang tidur bulan Ramadhan ni. Bangun masak untuk sahur, 4am setiap hari. Malam tadi pulak, tidur lambat sbb packing nak balik Terengganu.

PIPI TEMBAM :
Bukan kerana tak puasa, tapi mmg dh gni sejak azali, hehe.