Friday, September 17, 2010

MY YELLOW BRIDESMAIDS ;)

Date : 10.08.2008
Day : Sunday
Venue : IYC, Bdr Tun Razak, KL

Dok belek2 gambar lama, windu plak aku kat bridesmaids ku time kawen dulu. Thanks guys for being so sporting in yellow outfit. Sayang korg sgt2. Hopely dapat jumpe selalu, tp due to work n other commitments, skang nih susah nak gath ramai2. Tapi xpe, frens 4eva bebeh.


Sesi berpeluk2 sakan .. waaa sangat jealous sebab aku takde dalam gambar ni ..

Mereka berposing di depan kek, 3 tingkat jer, nak berbelas-belas tingkat, tak mampu lak aku nak membayor hehe ;p

Achik praktis bersanding dengan Rozzey si 'pengepit' ku hehe ;p

Last snap before dismiss
Kite sangat2 kuning kan time nih guys? Hehehe ..

Masa nak masuk dewan, berdebar-debar, bukan sebab nervous, tapi bunyik kompang kuat bebenor, haish

Bridesmaid yang comey-comey belaka hehe

Bridesmaid di red carpet
Here comes the bride, all dress in yelow, haha ;)

 
Mari kita berposing depan pelamin hehe

Nadya, Nadhyra, Neesa

Kipas, jangan tak kipas hehe

Saturday, September 11, 2010

BISKOT RAYA 2010

TART NENAS :
Tahun ni aku try wat tart gulung ni. Penat gak nak menekan dan menghasilkan tart yng terbaik. Tapi alhamdulillah, tercapai juga impian aku untuk wat sendiri walaupun dengan bantuan teknikal, fizikal, leteran Mummy Bunny's team iaitu bonda aku, dan dua boss perempuan bernama Miss A dan Miss J (anda tahu siape diri anda,hehe)


ALMOND LONDON :
"London bridge is falling down" hehehe .. a'ah terfalling dalam perut aku. Biskut nih aku x wat, aku tolong, yerr .. tolong tgk jer. Hehehe. Nih smue Miss A yg wat.

Friday, September 10, 2010

SALAM AIDILFITRI

Aku ingin mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI" kepada seluruh umat Islam, khas buat kaum keluarga, sahabat handai serta kenalan yang mengenali diri aku ni. Jari disusun memohon ampun atas segala salah dan silap, terkasar bahasa dalam senda gurau, maaf jika aku pernah dan sering membuatkan anda semua tersinggung. Aku hanyalah insan biasa yang tidak sempurna madah dan tingkah, tapi mencuba yang terbaik untuk menjaga hati anda semua.

Aku akan berhari raya di Bukit Besi, Dungun, Terengganu pada hari raya pertama sehingga hari raya ketiga. Jemputlah datang ke teratak kecil aku di Bandar Tun Razak, bagi merapatkan silaturrahim sempena bulan Syawal nan mulia ini. Duit raya hanya akan disediakan pada insan yang berketinggian di paras satu meter sahaja. Harap maklum hehe ;)

Wednesday, September 8, 2010

HARI TERAKHIR RAMADHAN

Tarikh : 09/09/10
Tempat Kejadian : Ofis (Jln Sultan ismail, KL)

Setelah berkurun lama aku berfikir, akhirnya di kesempatan Ramadhan yang terakhir pada tahun ini, barulah aku berkesempatan menulis blog. Kenapa? Mengapa? Sape suruh? Emm .. inilah hasilnya apabila aku buntu, tidak banyak kerja di ofis, sebab arini ofis half day. Masa berjalan (eh, masa tak boleh berlari ke? berjogging ke?) ... err sambung semula, masa berjalan @ berlalu begitu lambat. Pukul 12 nnt baru aku boleh balik. Dari pagi tadi aku dok berkebaya pink hitam. Mood hari raya lah katakan. Lepas zohor nnt aku akan bertolak ke Terengganu, kampung 'orang rumah' aku lah. Hehe.

MATA LEBAM (cket jer) :
Biaselah, kurang tidur bulan Ramadhan ni. Bangun masak untuk sahur, 4am setiap hari. Malam tadi pulak, tidur lambat sbb packing nak balik Terengganu.

PIPI TEMBAM :
Bukan kerana tak puasa, tapi mmg dh gni sejak azali, hehe.